Ziarah Asnaf di Fasa 2 Puncak Alam
Puncak Alam 5 Julai 2015 - Alhamdulillah, program yang diatur bagi menyahut tuntutan agama supaya membantu mereka yang memerlukan berjaya diatur dengan kerjasama dan sumbangan yang diberikan oleh Persatuan Kebajikan Infaq Selangor yang diketuai oleh pengerusinya, En Jasmi pada minggu lalu.
Dengan komitmen yang diberikan para sukarelawan Kelab Sosial dan Kebajikan Cakna Puncak Alam atau i-CARE, berjaya dilaksanakan dalam waktu yang singkat.
Sebanyak 18 keluarga telah diziarahi disekitar Fasa 2 Puncak Alam yang mana ianya terdiri daripada ibu tunggal, warga emas, keluarga yang kurang berkemampuan serta golongan kurang upaya telah dilawati bagi menyampaikan sumbangan barangan makanan keperluan asas serta sejumlah wang tunai bagi meringankan bebanan untuk menyambut Aidilfitri diberikan kepada keluarga-keluarga terbabit.
Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada Presiden Persatuan Penduduk Puncak Alam Fasa 2, Ustaz Zakaria Mustafa dan isteri Pn Shamsiah yang turut serta dalam misi ziarah dan lawatan ini.
Bagi pijak Kelab Sosial dan Kebajikan Cakna Puncak Alam atau i-CARE, usaha murni akan berterusan dan diharapkan masyarakat di Bandar Puncak Alam khususnya dapat memberikan sokongan dan sumbangan kepada program seumpama ini bertepatan dengan seruan daripada Firman Allah s.w.t didalam Surah An-Nisa ayat 36 :
وَ اعْبُدُوا اللهَ وَ لاَ تُشْرِكُوْا بِه شَيْئًا وَّ
بِاْلوَالِدَيْنِ اِحْسَانًا وَ بِذِى اْلقُرْبى وَ اْليَتمى وَ اْلمَسكِيْنِ وَ
اْلجَارِ ذِى اْلقُرْبى وَ اْلجَارِ اْلجُنُبِ وَ الصَّاحِبِ بِاْلجَنْبِ وَ ابْنِ
السَّبِيْلِ وَ مَا مَلَكَتْ اَيْمَانُكُمْ، اِنَّ اللهَ لاَ يُحِبُّ مَنْ كَانَ
مُخْتَالاً فَخُوْرًا. النساء:36
"Sembahlah
Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat
baiklah kepada kedua orang ibu bapak, karib kerabat, anak-anak yatim,
orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat,
ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak
menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri.
[QS. An-Nisaa' : 36]
0 ulasan:
Catat Ulasan