En Jasni, mengidap penyakit stroke berusia 45 tahun. Beliau tinggal di Apartmen Astana Alam, Fasa 3. Isteri beliau cuma bekerja di kilang dan tidak boleh bertutur. Sama-samalah kita yang diberi kemudahan dan kenikmatan menghulurkan bantuan serta sumbangan.

Biro Wanita i-Care menziarah ke rumah En Zainudin dan Pn Roslina bagi menyampaikan sumbangan serta mengambil maklumat latar belakang keluarga untuk direkod untuk di susuli bantuan yang sewajarnya untuk membantu keluarga ini


Pagi tadi bermula jam 10 pagi, sekali lagi Icare Puncak Alam atau Kelab Sosial Dan Kebajikan Cakna Puncak Alam Selangor mengadakan misi ziarah kedua kerumah keluarga asnaf untuk menyampaikan sumbangan raya kepada 10 keluarga yang tinggal di Felda Bukit Cherakah, Fasa 1, Fasa 2, Sinar Alam dan Fasa 3.

2 Kumpulan dibahagikan untuk menuju ke 10 buah rumah keluarga ini yang diketuai Presiden Tn Hj. Mohd Hanif Mohd Sultan dan Timbalan Presiden En Fared Othman.


Sebuah keluarga terdiri dari warga emas kurang sihat yang bekerja sebagai tukang kebun sekolah manakala anak-anak tinggal jauh di negeri lain







Abu Hurairah ra meriwayatkan: “Aku mendengar Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Kewajiban seorang muslim terhadap seorang muslim yang lainnya lima perkara, iaitu: Menjawab salam, menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah ke perkuburan), memenuhi jemputan dan mendoakan orang yang bersin.” [HR Bukhari & Muslim]

Sabda Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam: “Sesiapa yang menziarahi saudara seIslamnya yang sakit, seolah-olah dia berada dalam ‘Kharfah’ sehinggalah dia pulang.” Baginda ditanya: “Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksud dengan ‘Kharfah’ itu?” Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Iaitu kebun di syurga (yang penuh dengan buah-buahan yang boleh dipetik pada bila-bila masa)”. [HR Muslim]

“Tiada seorang pun yang menziarahi saudara seIslamnya yang sakit pada waktu pagi, melainkan 70,000 malaikat endoakannya untuk mendapat rahmat sehingga ke petang. Sekiranya dia menziarahi saudaranya pada waktu petang, maka 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat Allah sehingga ke pagi. Dia juga akan mendapat nikmat berupa buah-buahan syurga yang boleh dipetik pada bila-bila masa.” [HR At-Tirmizi]


Puncak Alam 5 Julai 2015 - Alhamdulillah, program yang diatur bagi menyahut tuntutan agama supaya membantu mereka yang memerlukan berjaya diatur dengan kerjasama dan sumbangan yang diberikan oleh Persatuan Kebajikan Infaq Selangor yang diketuai oleh pengerusinya, En Jasmi pada minggu lalu.






Dengan komitmen yang diberikan para sukarelawan Kelab Sosial dan Kebajikan Cakna Puncak Alam atau i-CARE, berjaya dilaksanakan dalam waktu yang singkat.

Sebanyak 18 keluarga telah diziarahi disekitar Fasa 2 Puncak Alam yang mana ianya terdiri daripada ibu tunggal, warga emas, keluarga yang kurang berkemampuan serta golongan kurang upaya telah dilawati bagi menyampaikan sumbangan barangan makanan keperluan asas serta sejumlah wang tunai bagi meringankan bebanan untuk menyambut Aidilfitri diberikan kepada keluarga-keluarga terbabit.
 





Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada Presiden Persatuan Penduduk Puncak Alam Fasa 2, Ustaz Zakaria Mustafa dan isteri Pn Shamsiah yang turut serta dalam misi ziarah dan lawatan ini.

Bagi pijak Kelab Sosial dan Kebajikan Cakna Puncak Alam atau i-CARE, usaha murni akan berterusan dan diharapkan masyarakat di Bandar Puncak Alam khususnya dapat memberikan sokongan dan sumbangan kepada program seumpama ini bertepatan dengan seruan daripada Firman Allah s.w.t didalam Surah An-Nisa ayat 36 :

وَ اعْبُدُوا اللهَ وَ لاَ تُشْرِكُوْا بِه شَيْئًا وَّ بِاْلوَالِدَيْنِ اِحْسَانًا وَ بِذِى اْلقُرْبى وَ اْليَتمى وَ اْلمَسكِيْنِ وَ اْلجَارِ ذِى اْلقُرْبى وَ اْلجَارِ اْلجُنُبِ وَ الصَّاحِبِ بِاْلجَنْبِ وَ ابْنِ السَّبِيْلِ وَ مَا مَلَكَتْ اَيْمَانُكُمْ، اِنَّ اللهَ لاَ يُحِبُّ مَنْ كَانَ مُخْتَالاً فَخُوْرًا. النساء:36
"Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang ibu bapak, karib kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri. [QS. An-Nisaa' : 36]









PENGENALAN
 
Kelab Puncak Alam Sosial & Kebajikan Cakna atau lebih dikenali sebagai i-Care merupakan sebuah kelab NGO (non-government organization atau non-profit organization) yang telah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Selangor dan satu-satunya badan kebajikan di Puncak Alam. Menawarkan perkhidmatan kebajikan kepada golongan ibu tunggal, warga miskin, anak-anak yatim dan OKU. Ianya didaftarkan di bawah Seksyen 7, Akta Pertubuhan 1966 dengan no pendaftaran 0829-09-SEL